Aplikasi Android

APLIKASI ANDROID GENRE BERBEDA

MyDigi

MyDigi

9
3
ID Apl:
118348
Versi:
9.1.2
Genre:
Lain-lain
Muat turun:
66298
Saiz:
14.69 MB
Ulasan :
0
Maklumat Lanj
Diterbitkan:
Pakej:
com.digi.portal.mobdev.android
Keselamatan:
100% Selamat
Digi Telecommunications Sdn. Bhd.
Versi Terdahulu

Deskripsi

MyDigi Android Aplikasi

Top Up, Pembayaran Bil, Pantau Penggunaan Data & Dapatkan Ganjaran

Aplikasi MyDigi yang terbaharu adalah kaedah yang lebih pintar bagi pengurusan akaun prabayar dan pascabayar anda! Segala yang anda suka tentang aplikasi MyDigi yang terdahulu ditambah baik dengan wajah dan kendalian yang baru. Ciri-ciri yang anda gemari seperti semakan kegunaan data, semakan dan pembayar Bil, tambah nilai, tawaran eksklusif, ganjaran MyDigi dan peti masuk, kini lebih senang dicari dengan butang pautan pantas.

Ingin tahu status penggunaan internet Digi anda? Semak dan pantau kegunaan data bagi semua nombor Digi dengan aplikasi MyDigi. Anda hanya perlu ke ciri “pantau kegunaan internet” dan semak penggunaan kuota internet anda dengan mudah. Ianya didatangi dengan carta yang menarik jadi anda dapat pantau kegunaan data, semak baki internet dan bilangan baki hari pada pelan Internet anda dalam sekilas pandang. Untuk menyemak nombor anda yang lain, hanya tekan pada menu tepi, pilih nombor telefon dan dapatkan semua maklumat di dalam satu skrin sahaja. Mengurus semua nombor telefon Digi anda kini lebih mudah dengan MyDigi!

Ingin tonton filem terkini, dengar muzik paling hangat dan berhubung di media sosial melalui rangkaian 4G paling laju di Malaysia? Beli internet tambahan atau tambah nilai pelan Digi anda melalui aplikasi MyDigi. Pilih pelan internet yang sesuai buat anda pada ciri “Box of Surprises or Addons”. Sering melancong tapi mahukan internet yang mantap? Tempah pelan “roaming internet” kami sebelum ke destinasi anda agar anda kekal berhubung sambil anda bercuti!

Semak semua penyata bil telefon bila anda memuat turun bil Digi yang terdahulu dan terkini menggunakan aplikasi MyDigi. Bayar bil pascabayar Digi atau tambah nilai prabayar melalui saluran yang dijamin selamat dan dapatkan ekstra 10% kredit tambahan. Anda juga boleh menyimpan maklumat kad kredit anda untuk proses bayaran yang mudah dan pantas, tanpa apa-apa nombor PIN atau halaman pembayaran yang lama. Dengan aplikasi MyDigi, nikmati ganjaran di samping menjimatkan masa!

Suka ganjaran yang lumayan? Semak dan tebus ganjaran melalui aplikasi MyDigi anda! Tawaran dan diskaun kini di dalam genggaman melalui ganjaran MyDigi. Dapatkan tawaran daripada pelbagai kategori seperti F&B, Baucar Tunai, Beli-belah, Hiburan dan Kesihatan. Kumpul dan tebus ganjaran MyDigi dengan mudah melalui MyDigi dan nikmati potongan harga dari pelbagai jenama di seluruh negara! Nikmati MyDigi Rewards sebagai tanda terima kasih kami terhadap anda, pelanggan setia kami.

Sertai Kami di dalam Komuniti Rangkaian 4G terpantas dan terluas di Malaysia! Digi mempunyai rangkaian 4G yang berkembang paling pesat dan paling konsisten di Malaysia! Jadilah di antara 11.7 juta warga Malaysia yang telah mendapat manfaat yang lebih di dalam dunia yang semakin terhubung. Kekal berhubung dengan yang tersayang bersama Digi. Muat turun MyDigi, aplikasi tambah nilai yang terpantas dan termudah di Malaysia!

Tunggu apa lagi, ayuh dapatkan tawaran eksklusif apabila anda mengurus akaun nombor telefon anda bersama aplikasi MyDigi harini ini!

Sememangnya percuma!

Muat turun sekarang!

Berbual bersama kami
Anda mempunyai masalah dengan akaun Digi anda? Jangan risau, hubungi kami menggunakan MyDigi. Platform “live chat” kami beroperasi dari jam 10 pagi hingga 9 malam untuk anda ajukan apa-apa soalan dan aduan. Kami sedia membantu anda!

Untuk maklumat lanjut berkenaan kegunaan applikasi MyDigi, sila rujuk panduan caraguna MyDigi di:

digi.my/appguide

Atau terus akses ke mana-mana halaman menerangkan ciri-ciri MyDigi yang khusus disini:

Cara log masuk ke MyDigi: digi.my/MyDigiBMSignIn
Cara membuat bayaran: digi.my/MyDigiBMbill
Cara menambah nilai: digi.my/MyDigiBMReload

maklumat maklumat

Penilaian & Ulasan (0)

Ringkasan Kajian

Saat ini tiada ulasan untuk aplikasinya

Jadilah yang pertama untuk mengkaji semula aplikasinya

Hantar Ulasan Anda
Penilaian

ULASAN

Daftar Daftar akaun PHONEKY untuk menyiarkan ulasan dengan nama anda, muat naik dan simpan aplikasi mudah alih kegemaran anda, permainan, nada dering & wallpaper.

Daftar atau Log masuk ke PHONEKY

Anda mungkin juga berminat:

Apl yang Ditampilkan:

Perkhidmatan Aplikasi Android disediakan oleh PHONEKY dan 100% percuma!

Aplikasi boleh dimuat turun oleh Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, Xiaomi, Lenovo, ZTE dan telefon bimbit OS Android yang lain.