Undian anda akan dikira..

Aplikasi Android

APLIKASI ANDROID GENRE INTERNET

Google Chrome: Pantas & Selamat

Google Chrome: Pantas & Selamat

89
99
ID Apl:
117999
Versi:
80.0.3987.87
Genre:
Internet
Muat turun:
28322891
Saiz:
46.24 MB
Ulasan :
0
Maklumat Lanj
Diterbitkan:
Memerlukan Android:
4.0 or higher
Pakej:
com.android.chrome
Keselamatan:
100% Selamat
Google LLC
Versi Terdahulu

Deskripsi

Google Chrome: Pantas & Selamat Android Aplikasi

Pantas, mudah & selamat. Pnymk imbas Google Chrome utk telefon & tablet Android.

Google Chrome ialah penyemak imbas web yang pantas, mudah digunakan dan selamat. Chrome yang direka bentuk untuk Android ini membawakan artikel berita peribadi, pautan pantas ke tapak kegemaran anda, muat turun serta Carian Google dan Google Terjemah terbina dalam. Muat turun sekarang untuk menikmati pengalaman penyemak imbas web Chrome yang sama yang anda sukai pada semua peranti anda.

Semak imbas dengan pantas dan kurang menaip. Pilih daripada hasil carian diperibadikan yang dipaparkan dengan serta-merta semasa anda menaip dan semak imbas halaman web yang dilawati sebelumnya dengan cepat. Isi borang dengan cepat menggunakan Autolengkap.

Penyemakan Imbas Inkognito. Gunakan mod Inkognito untuk menyemak imbas Internet tanpa menyimpan sejarah anda. Semak imbas secara tertutup pada semua peranti anda.

Segerakkan Chrome ke Seluruh Peranti. Apabila anda log masuk ke Chrome, penanda halaman, kata laluan dan tetapan anda akan disegerakkan pada semua peranti anda secara automatik. Anda boleh mengakses semua maklumat dengan lancar daripada telefon, tablet atau komputer riba anda.

Semua kandungan kegemaran anda terletak di hujung jari. Chrome bukan sahaja pantas untuk Carian Google tetapi direka bentuk supaya anda boleh mendapatkan semua kandungan kegemaran anda dengan pantas. Anda boleh mengetik pada tapak berita kegemaran atau media sosial terus daripada halaman tab baharu. Chrome juga mempunyai ciri “Ketik untuk Cari”- ciri yang terdapat pada kebanyakan halaman web. Anda boleh mengetik mana-mana perkataan atau frasa untuk memulakan carian Google semasa masih berada di halaman yang sedang dilayari.

Lindungi telefon anda dengan Penyemakan Imbas Selamat Google. Chrome mempunyai Penyemakan Imbas Selamat Google terbina dalam. Ciri ini memastikan telefon anda selamat dengan menunjukkan amaran kepada anda semasa anda cuba menavigasi ke tapak berbahaya atau memuat turun fail berbahaya.

Muat turun pantas dan lihat halaman web serta video luar talian Chrome mempunyai butang muat turun khusus yang memudahkan anda memuat turun video, gambar dan seluruh halaman web dengan hanya satu ketikan. Chrome juga mempunyai laman utama muat turun di dalam Chrome yang membolehkan anda mengakses semua kandungan yang dimuat turun, walaupun semasa anda luar talian.

Carian Suara Google. Chrome memberikan penyemak imbas web sebenar yang anda boleh bercakap dengannya. Gunakan suara anda untuk mencari jawapan semasa dalam perjalanan tanpa menaip dan secara bebas tangan. Anda boleh menyemak imbas dan menavigasi dengan lebih pantas menggunakan suara anda di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Google Terjemah terbina dalam: Terjemah seluruh halaman web dengan pantas. Chrome mempunyai Google Terjemah terbina dalam untuk membantu anda menterjemah seluruh web kepada bahasa anda sendiri dengan hanya satu ketikan.

Gunakan kurang data mudah alih dan percepatkan web. Hidupkan mod Ringkas dan jimatkan data sehingga 60%. Chrome boleh memampatkan teks, imej, video dan tapak web tanpa merendahkan kualitinya.

Cadangan pintar yang diperibadikan. Chrome memberikan pengalaman yang disesuaikan mengikut minat anda. Pada halaman tab baharu, anda akan menjumpai artikel yang dipilih oleh Chrome berdasarkan sejarah penyemakan imbas anda sebelum ini.

maklumat maklumat

Penilaian & Ulasan (0)

Ringkasan Kajian

Saat ini tiada ulasan untuk aplikasinya

Jadilah yang pertama untuk mengkaji semula aplikasinya

Hantar Ulasan Anda
Penilaian

ULASAN

Daftar Daftar akaun PHONEKY untuk menyiarkan ulasan dengan nama anda, muat naik dan simpan aplikasi mudah alih kegemaran anda, permainan, nada dering & wallpaper.

Daftar atau Log masuk ke PHONEKY

Anda mungkin juga berminat:

Apl yang Ditampilkan:

Perkhidmatan Aplikasi Android disediakan oleh PHONEKY dan 100% percuma!

Aplikasi boleh dimuat turun oleh Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, Xiaomi, Lenovo, ZTE dan telefon bimbit OS Android yang lain.