Aplikasi Android

APLIKASI ANDROID GENRE PENDIDIKAN

Belajar bahasa dengan Memrise: Perancis, Sepanyol

Belajar bahasa dengan Memrise: Perancis, Sepanyol

6
0
ID Apl:
117154
Versi:
2.94_17800_memrise
Genre:
Pendidikan
Muat turun:
436093
Saiz:
18.26 MB
Ulasan :
0
Maklumat Lanj
Diterbitkan:
Pakej:
com.memrise.android.memrisecompanion
Keselamatan:
100% Selamat
Memrise
Versi Terdahulu

Deskripsi

Belajar bahasa dengan Memrise: Perancis, Sepanyol Android Aplikasi

★ Itali, Korea, Jepun, Cina, Jerman, Portugis, Rusia, Denmark, Sweden, Turki...★

Bergembira semasa belajar bahasa dengan Memrise. Semakin anda menikmati pembelajaran, semakin banyak (dan semakin cepat) anda akan belajar. Inilah sebabnya hiburan digabungkan dengan kehidupan sebenar, kandungan berkaitan menjadi teras utama pengalaman pembelajaran bahasa Memrise.

Belajar bahasa Perancis ?? Sepanyol ???? Itali ?? Korea ?? Jepun ?? Cina, Jerman ?? Portugis ???? Rusia ?? Denmark ?? Sweden ?? Poland ?? Norway ?? Turki ?? Arab, Belanda ?? Iceland ?? dan Mongolia ??*

------

★ Pemenang Anugerah Google Play I/O untuk Aplikasi Terbaik 2017
★ Pilihan Editor
★ Pembangun Terkemuka
★ Terbaik 2016 - Peningkatan Diri
★ Aplikasi Terbaik

------

Adakah anda mahu berhubung dengan dunia? Bersiap-sedia untuk perjalanan atau pengembaraan anda yang seterusnya? Jika ya, sertai komuniti kami yang terdiri daripada lebih 35 juta orang pelajar bahasa dan bina kemahiran bahasa sebenar melalui pelbagai permainan yang mudah untuk digunakan, dan lebih daripada 30,000 buah video daripada anak jati.

★ Belajar dengan Penutur Tempatan - Penutur tempatan membantu anda mempelajari bahasa pertuturan harian yang sebenar.*
★ Pelbagai permainan interaktif yang mengujakan untuk belajar dan berlatih: Semakan Kelajuan, Kemahiran Mendengar, Perkataan Sukar, Ulasan Klasik…*
★ Panduan sebutan – Belajar bercakap bahasa Inggeris seperti penduduk tempatan dengan merakam dan membandingkan sebutan anda dengan penduduk tempatan.*
★ Mod luar talian - Uji kemahiran bahasa anda pada bila-bila masa dan di mana jua yang anda mahukan.
★ Matlamat harian – Belajar seberapa banyak atau beberapa perkataan sehari, seperti yang anda mahukan, Memrise direka khas untuk anda.

Mengapa perlu belajar bahasa dengan Memrise?

Untuk pasukan antarabangsa kami, tiada yang lebih istimewa daripada kebolehan untuk berhubung dengan negara-negara dan budaya-budaya baru menerusi bahasa, dan kami berkongsinya dengan anda! Inilah sebabnya kami hanya mengajar perkataan dan frasa harian yang berguna supaya anda dapat mengadakan perbualan sebenar dengan orang sebenar.

Bagaimana? Jurubahasa dan pakar bahasa kami yang berbakat berganding bahu dengan pasukan pembangun kami yang bertaraf dunia untuk mencipta kursus bahasa terbaik serta permainan yang ringkas, menghiburkan, dan boleh diakses oleh semua orang.

Muat turun app pembelajaran bahasa Memrise dan mulakan perjalanan bahasa anda sekarang.

------

*SILA AMBIL PERHATIAN:
Anda memerlukan langganan Memrise untuk mengakses semua kursus dan ciri. Kursus dan ciri yang tersedia adalah berbeza bergantung pada bahasa peranti dan padanan bahasa anda.

Sejurus selepas pembelian, langganan akan diperbaharui semula secara automatik melainkan dibatalkan sebelum tempoh bayaran semasa berakhir. Langganan boleh diuruskan atau dibatalkan menerusi akaun Google Play Store anda.

------

Keizinan dalam apl - Untuk mendayakan beberapa ciri apl Memrise, kami mungkin perlu meminta keizinan anda. Sebagai contoh, kami akan meminta keizinan untuk mengakses mikrofon anda jika anda ingin berlatih kemahiran sebutan anda. Anda boleh menukar keizinan pada bila-bila masa dalam tetapan anda.

------

Teruskan perjalanan pembelajaran anda dengan Memrise di:

* Memrise: www.memrise.com
* Facebook: www.facebook.com/memrise/
* Twitter: twitter.com/memrise
* Instagram: www.instagram.com/memrise/

maklumat maklumat

Penilaian & Ulasan (0)

Ringkasan Kajian

Saat ini tiada ulasan untuk aplikasinya

Jadilah yang pertama untuk mengkaji semula aplikasinya

Hantar Ulasan Anda
Penilaian

ULASAN

Daftar Daftar akaun PHONEKY untuk menyiarkan ulasan dengan nama anda, muat naik dan simpan aplikasi mudah alih kegemaran anda, permainan, nada dering & wallpaper.

Daftar atau Log masuk ke PHONEKY

Anda mungkin juga berminat:

Apl yang Ditampilkan:

Perkhidmatan Aplikasi Android disediakan oleh PHONEKY dan 100% percuma!

Aplikasi boleh dimuat turun oleh Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, Xiaomi, Lenovo, ZTE dan telefon bimbit OS Android yang lain.