Permainan Android

PERMAINAN ANDROID GENRE RPG

Musim Kedai Pembaikan Doraemon

Musim Kedai Pembaikan Doraemon

60
29
ID Permainan:
20746
Versi:
1.4.0
Genre:
RPG
Muat turun:
1087
Saiz:
34.08 MB
Ulasan :
0
Maklumat Lanj
Diterbitkan:
Pakej:
com.doraemon.doraemonRepairShopSeasons
Keselamatan:
100% Selamat
Animoca

Deskripsi

Musim Kedai Pembaikan Doraemon Android Permainan

Bergabung dengan Doraemon dan kawan-kawannya untuk mengguruskan kedai pembaikan!

Musim bunga telah tiba dan inilah masanya untuk bunga sakura berkembang. Doraemon, kucing robot futuristik yang comel dan geng gila-gilanya sedang memulakan sekali lagi kedai pembaikan serba guna mereka untuk membaiki barang-barang keperluan rumah yang rosak. Bersedialah untuk satu lagi ujian kelajuan dan refleks!

Penduduk bandar sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Alat-alat dan perabot yang uzur dan telah rosak dibuang daripada rumah. Ruginya! Melihat ini semua, kucing robot kegemaran kami telah terfikir satu rancangan yang sangat pintar. Dia telah bergabung dengan kawan-kawannya dan membuka sebuah kedai pembaikan yang menggunakan alat masa hadapannya untuk membantu membaiki dan membaik pulih pelbagai barangan hingga menjadi seperti baharu! Sebagai pertukaran kepada kerja-kerja pembaikan, penduduk bandar yang berasa gembira itu akan memberi Doraemon snek kegemarannya: Dorayaki. Jiran-jiran berasa teruja apabila barang-barang mereka yang rosak boleh dibaiki seperti baharu sehingga semakin ramai daripada mereka yang mengunjungi kedai tersebut, dengan membawa lebih banyak barangan! Bolehkah anda memenuhi permintaan yang semakin banyak?

Bantu Doraemon, Noby, Shizuka dan kawan-kawannya menguruskan kedai pembaikan serba guna mereka! Еlakkan barang buangan menggunung dan terus dibuang. Galakkan kitar semula di kawasan kejiranan. Anda mesti mengawal aliran bahan-bahan dan tunjukkan Doraemon dan kawan-kawannya ke pelbagai alat-alat masa hadapan yang boleh membaiki peralatan, perabot dan banyak lagi barangan yang rosak. Pastikan penduduk bandar gembira dengan membaiki barangan mereka, jimatkan banyak wang mereka daripada dihabiskan untuk membeli barangan baru dan mereka akan memberi imbuhan Dorayaki enak yang banyak kepada Doraemon!

Сiri-ciri:
- Nikmati 9 tahap yang mencabar dibuat dalam gaya seni tersendiri Doraemon
- Bergabung dengan Doraemon dan kawan-kawan untuk menguruskan kedai pembaikan
- Guna perkakas pintar Doraemon untuk membaiki barangan: Pancaran Сahaya Bina Semula, Kain Masa, Pemutar Skru Penanggalan, Posyen Ransangan, Bateri Lebih Berkuasa dan Kamera X-Ray
- Tingkatkan perkakas anda untuk pengeluaran yang lebih laju
- Latih Doraemon dan kawan-kawan untuk lebih efisien
- Dapatkan ransangan sementara dengan menggunakan alat-alat Doraemon yang mengagumkan!
- Tema yang cantik dan berubah-ubah untuk disesuaikan dengan pelbagai musim

Bergembiralah membaiki barangan rosak dengan Doraemon dan kawan-kawannya. Muat turun Kedai Pembaikan Doraemon, PЕRСUMA!

** Sila ambil perhatian bahawa walaupun app ini adalah percuma, sila berhati-hati bahawa ia mengandungi kandungan yang perlu dibayar dengan wang sebenar yang boleh dibeli atas keinginan pengguna untuk meningkatkan penikmatan permainan mereka. Anda boleh mengawal pembelian dalam aplikasi yang dibuat di dalam aplikasi ini menggunakan perlindungan kata laluan yang boleh diaktifkan dari halaman seting aplikasi Google Play Store.**

maklumat maklumat

Penilaian & Ulasan (0)

Ringkasan Kajian

Saat ini tiada ulasan untuk permainan ini

Jadilah yang pertama untuk mengkaji semula permainan ini

Hantar Ulasan Anda
Penilaian

ULASAN

Daftar Daftar akaun PHONEKY untuk menyiarkan ulasan dengan nama anda, muat naik dan simpan aplikasi mudah alih kegemaran anda, permainan, nada dering & wallpaper.

Daftar atau Log masuk ke PHONEKY

Anda mungkin juga berminat:

Permainan Pilihan:

Perkhidmatan Permainan Android disediakan oleh PHONEKY dan 100% percuma!

Permainan boleh dimuat turun oleh Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, Xiaomi, Lenovo, ZTE dan telefon bimbit OS OS Android yang lain.